
Semoga Sinar keimanan Menerangai Hati Setiap Insan Yang Memerlukan.. Langkahmu akan kususuri ya Rasulullah Biar Duri menjadi hamparan Biar bara menjadi hidangan asalkan sinarMu sentiasa bercayaha dalam jiwa dan sanubari ini seperti matahari menerangi bumi, kerana ku yakini setiap titis peluh dan darah tidak akan sirna ditelan masa, segoris luka di jalan Allah pasti menjadi saksi pengorbanan

Thursday, 8 March 2012
Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini
Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi
Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai
Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia
“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya
“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”
“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment