Saturday 31 March 2012

Di Sebalik Perayaan April fool

Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com

Thursday 29 March 2012

Buat Mujahidah Solehah

Wanita solehah itu auratnya dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini… 
Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang
menggoncang iman para muslimin,
dan bukan pula terletak kebijaksanaan bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama…
Nafsu mengatakan wanita cantik, atas kemajuan dan kehebatannya,
dalam ilmu serta pandangan dari segala aspek.
Hati mengatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai…
Wahai wanita..
Jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana suatu hari nanti ia akan lapuk ditelan zaman,
tetapi jaga & peliharalah kecantikan dalaman,
agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi…
Wahai wanita…
Jangan pula berduka cita kerana kekuranganmu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu…
Wahai wanita solehah...
Jangan dirisaukan akan jodohmu,
kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita
yang hanya kerana kecantikannya…
Bersyukurlah atas apa yang ada…
Serta berusaha demi agama, keluarga dan bangsa..
Salam perjuangan buat mujahidah tercinta , 






Saturday 24 March 2012

Tiupan Semboyan Jihad Dari Al Syahid Imam Hasan Al Bana


Ayuh kita hayati  kata2 ini agar dpt mnjadi generator tuk meningkatkan semangat jihat kita dalam menongkah arus perjuangan yg sgt hebat : 
ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yg menyertainya
ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yg istiqomah
ANDAI perjuangan ini mnjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yg tertarik pd nya

tp hakikat perjuangan bukan begitu,,
turun naiknya,,
sakit pedihnya,,
umpama kemanisan yg tidak terhingga..

ANDAI rebah  bangkit semula
ANDAI terluka ingatlah janjinya

"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, 
tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia. 
Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan roh manusia yang mendamba redha Tuhannya.."

"Saya berjanji akan menjadi orang yang istiqamah yang menunaikan ibadah serta menjauhi segala kemungkaran. Menghiasi diri dengan akhlak-akhlak mulia dan meninggalkan akhlak-akhlak yang buruk. 
Memilih dan membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan islami semampu saya." 

"Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini. Kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahasia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, pasti ada kenikmatan yang menanti." 



Batu Bata Yang Menguatkan Binaan

Petang ni terasa  terketar ketar pulak jari nak menulis 
bila cetusan minda ni lahir dari peristiwa di tapak projek pembinaan sekolah madrasah tarbiyatul ajial yang mana pagi tadi ada seorang pekerja yang tengan sibuk masukan ramuan konkrit  untuk digunakan sebagai pengikat batu bata untuk siapkan sebuah binaan..tiba taba tergerak pulak mulut ni tuk bertanya kepada pekerja tadi.. 

ana        : Apa akan jadi lau kurang sukatan ramuan ni?
pekerja  : bangunan kemungkinan akn menjadi tidak kuat dan mungkin jugak akan mudah roboh.. 
ana        : nak tambah lagi berapa banyak bata ni? ( ni sbbnya ana ditugaskan untuk jdi procuremen dalam projek ni hihi)
pekerja  : dalam 200 ribu lagi
ana        : banyaknya nk buat pa banyak2 sgt (dalam nada gurauan)
pekerja  : nak siapkan bangunan la..  nak  siapkan bangunan ni mesti kena pakai banyak gabungan batu bata lau satu bata bangunan ni takkan terjadi....aduhh cik beli ja  bnyk tanya plk... 
ana        : hihih ok2

dengar ja penerangan dari pekerja tadi terus otak ni  terfikirkan hadis nabi yang mengatakan bahawa setiap manusia ibarat batu bata yang saling kuat menguatkan
saling terikat antara satu sama lain.
untuk kita sempurnakan kerja agama kita tidak boleh melakuknnya seorg diri 
kita memerlukan gabungan banyak  jiwa yang bersih dan taat kepada allah
untuk laksanakan tugas agama  jiwa jiwa ini harus di ikat dengan ikatan keimanan dan ketakwaan yang mana ukwah yg terlahir akan menjadi kuat dan kukuh
kerana ikatan keimanan ini tidak akan dapat di leraikan dengan mana2 tangan sekali pun, dengan  apa cara sekalipun dan dengan mana mana kuasa pun tidak akan berjaya robohkan melainkan dengan keizinan Allah s.w.t

Kita perlu menjadi batu-bata yg menguatkan binaan, bukan batu-bata yg menghancurkan binaan. 
maka jadilah umat yang menguatkan  agama 
yang kukuh  dan teguh dengan ramuan keimanan dan ketakwaan
jangan jadi umat yang lemah iman da takwa sehingga boleh melemahkan agama..



Monday 19 March 2012

Sentiasa bersangka Baik

Syeikh Abdul kadir Al Jailani berkata:

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..


Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.

Thursday 8 March 2012

                             
                                        Dengan BismilLah ku bermula
                                        Bingkisan hati buatmu teman
                                                 Yang dikasihi
                                       Kita bersama dalam satu ikatan
                                       Bermula episod hidup di dunia ini

                                          Ku harap hanyalah di dunia
                                             Dirahmati dan diredhai
                                       Selamat sejahtera di Syurgawi

                                              Oh Tuhan satukanlah
                                          Hati kami dalam mencintai
                                            Redha atas ujian diberi
                                                Jauhkanlah kami
                                        Dari rakus mengejar duniawi
                                        Hidup mati biarlah untuk-Mu
                                        Harap dunia hanya di tangan
                                        Bukannya di hati ‘tuk dicintai

                                         Kita dicipta sebagai khalifah
                                       Bersama kita hidup untuk-Nya
                                           Kita dicipta di dunia fana
                                         Ada amanah yang tersedia

                                                   “Oh Tuhan..
                                             Kita laksana bersama
                                            Amanah dari-Nya demi
                                         Memburu cinta dan harapan”

                                           Tuhan itu harus diutama
                                       Dari segala kepentingan dunia
                                           Bergandingan kita untuk
                                              Memburu cinta-Nya
                                                   Oh cinta-Nya

                                     “Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
                                         Memohon kasih-Mu oh Tuhan
                                            Dalam mengharap redha
                                                         Dari-Mu..”

                                                     “Hanya di dunia
                                            Kita harapkan, kita dambakan
                                              Selamat sejahtera, bahagia..”

Tuesday 6 March 2012

Rancangan Menuju Ke Syurga

Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Quran banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.
namun nak dapatkan syurga bukanlah sesuatu yang mudah
tuk dapatkan syurga seseorang harus mengharungi dan merentasi pelbagai jenis ujian dan cuban
untuk perolehi syurga seseorang juga harus bersedia untuk mengorbankan apa saja
mesti sangup menagung derita 
mesti sangup menahan sensara
kerana nikmat yang akan di perolehi ini 
 bukan dapat kita cari di shopping cmplex
apatah lagi di pasar malam
ia tidak akan dapat kita jual beli dengan apa nilai sekali pun
hanya nilai keikhlasan dan keimanan kepada Allah sajalah yg dpt membayar harga sebuah syurga
jadi insan yang bijak haruslah mempunyai perancangan dan strategi yang mantop hihihi

Rancangan yang pertama 

Al quran dan Sunah mesti ditakluki terlebih dahulu 

yang kedua

pastikan kedua dua elemen tadi iaitu al quran dan sunah menjadi sebati dalam kehidupan seharian kita sehingga membentuk peribadi yang sempurna, hebat dan mantop

yang ketiga 

pastikan sebatian itu tadi dapat tersebar dengan meluasnya agar elemen Al quran dan sunah turut sebati dalan kehidupan insan lain.. sehigga melahirkan generasi Al quran

pastikan sinar islam dapat tersebar diseluruh pelusuk dunia

semoga pulang kita nanti tidak dengan tangan kosong.




Monday 5 March 2012

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADAH

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang


Segala puji dan syukur  hanya layak disembahkan kepada Tuhan Pencipta langit dan bumi
Tuhan yang berkuasa mengizinkan jari jemari yang lemah dan longlai ini mengorak rentak mengikut haluan si otak yang telah ditawan dan ditundukkan oleh sang  hati yang hanya mengharapkan redha Ilahi


selawat dan salam jua dipanjatkan kepada Rasulullah s.a.w. Telah banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan juga para sahabatnya dalam memastikan sinar Islam terpancar di serata pelusuk dunia merentasi zaman berzaman..Telah banyak peluh dan darah yang telah tumpah sebagai saksi pengorbanan


Ya Rasulullh biarpun jasadmu telah lama meningalkan kami. namun prinsip dan kasih syg mu masih segar dalam jiwa kami




Teringat dengan ayat Allah di dalam Al Qur’an surah Al Hujurat ayat 10 :
انما المومنون اخوه فاصلحوا بين اخويكم واتقوا الله لعلكم ترحمون
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang beriman yang (mampu) bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat”.
Sungguh indah perkataan Allah swt mengajarkan kepada manusia tentang hakikat persaudaraan manusia yang sebenarnya. Hakikakt yang diikat dengan iman kepada Allah swt bukan dengan yang lain. Bukan darah, bukan bangsa, bukan suku, atau simbol-simbol dunia yang lainnya. Sayyid Quthb mengatakan “Ikatan agama ini bukan ikatan darah dan nasab, bukan ikatan tanah air dan bangsa, bukan ikatan kaum dan marga, bukan ikatan warga kulit dan bahasa, bukan ikatan ras dan suku, juga bukan ikatan profesi dan status sosial”
Ikatan ukhuwah/persaudaraan yang dilandasi Iman keapada Allah, diikat dengan cinta karena Allah, dan dihiasi dengan akhlak islami itulah persaudaraan yang kekal abadi. tidak hanya di dunia tapi juga kekal sampai akhirat kelak. Ikatan ukhuwah yang tidak akan terpisah karena godaan harta, jabatan, wanita, dan simbol-simbol keduniaan lainnya. Ikatan yang akan terus terjaga, kekal abadi karena dilandasi oleh Dzat yang Kekal Abadi. Inilah bentuk ikatan yang SEBENAR
Namun Allah swt yang Maha Mengetahui kemudian mengingatkan kita tentang virus-virus yang dapat melumpuhkan ukhuwah kita, 
Allah mengingatkan kita tentang duri-duri yang akan mengoyak daging2 persaudaraan ,
mengingatkan kita akan racun yang boleh melemahkan bahkan mematikan persaudaraan 


Allah melanjutkan firmannya dalam surah AL Hujurat ayat 11 dan 12 :
" Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang lalim".
49:12. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.


Bila kita perhatikan  ada 2 faktor penyebab kerosakan ukhuwah islam yang telah kita bangun selama ini.


 faktor pertama iaitu Lisan dan yang kedua hati. Allah memberikan gambaran  di dalam kalamnya yang mulia untuk tidak mengolok-olok saudara kita, karena tidak ada yang megetahui kemulian seorang manusia selain Allah swt yang Maha Mengetahui..

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”.

hal ini akan  menimbulkan luka di dalam hati saudara kita, menyakiti perasaannya dan sungguh lidah lebih tajam daripada pedang. Lukanya susah untuk disembuhkan, akan meninggalkan bekas yang dalam, dan lukanya akan mudah untuk terbuka kembali. Kita sering mendengar kisah seorang anak yang menancapkan paku ke pagar rumahnya setiap kali menyakiti perasaan orang lain. Tiga hari berlalu berapa banyak paku yang tertancap di pagar. Hari selanjutnya diputuskan untuk meminta maaf kepada orang yang pernah ia sakiti. Satu maaf artinya satu paku akan dilepaskan. namun apa yang terjadi, pagarnya penuh dengan lubang bekas paku yang telah tercabut. tidak bisa kembali seperti sediakala. begitulah hati manusia. Apabila telah terluka maka akan susah untuk kembali sembuh tanpa pertolongan dan bantuan dari ALllah swt. Begitulah tabiat lidah begitu mudah mengeluarkan kata karena memang dia tak bertulang..

dan kita jjuga tidak terlepas dari  masalah Hati. Allah 
memberikan contoh dalam hal berprasangka. Begitu indah Allah mengatakan sungguh kebanyakan dari prasangka itu adalah dosa. Prasangka akan melahirkan  persepsi tanpa mengetahui fakta.bersangka buruk tanpa mengetahui hal yang sebenar . Maka Islam datang dengan solusinya “tabayyun” klarifikasi atas segala hal yang menggangngu hati kita terhadap saudara kita. Rasulullah saw yang mulia mengajarkan agar mencari berbagai alasan untuk tetap berprasangka baik terhadap saudara kita.
 jangan mencari kesalahan saudaramu. barangsiapa yang menjaga aib saudaranya di dunia maka Allah akan menjaga aibnya di akhirat. Subhanallah, Allah swt begitu besarnya penjagaannya terhadap ukhuwah islam. Menjaga kesatuan umat Islam. Sesungguhnya umatmu ini adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku (Q.S Al Anbiya :21)
Saudara sekalian Imanlah landasan ukhuwah kita dan jagalah lisan untuk menjaga ukhuwah itu…
wallahu a’lam bissawab….