Saturday 24 March 2012

Batu Bata Yang Menguatkan Binaan

Petang ni terasa  terketar ketar pulak jari nak menulis 
bila cetusan minda ni lahir dari peristiwa di tapak projek pembinaan sekolah madrasah tarbiyatul ajial yang mana pagi tadi ada seorang pekerja yang tengan sibuk masukan ramuan konkrit  untuk digunakan sebagai pengikat batu bata untuk siapkan sebuah binaan..tiba taba tergerak pulak mulut ni tuk bertanya kepada pekerja tadi.. 

ana        : Apa akan jadi lau kurang sukatan ramuan ni?
pekerja  : bangunan kemungkinan akn menjadi tidak kuat dan mungkin jugak akan mudah roboh.. 
ana        : nak tambah lagi berapa banyak bata ni? ( ni sbbnya ana ditugaskan untuk jdi procuremen dalam projek ni hihi)
pekerja  : dalam 200 ribu lagi
ana        : banyaknya nk buat pa banyak2 sgt (dalam nada gurauan)
pekerja  : nak siapkan bangunan la..  nak  siapkan bangunan ni mesti kena pakai banyak gabungan batu bata lau satu bata bangunan ni takkan terjadi....aduhh cik beli ja  bnyk tanya plk... 
ana        : hihih ok2

dengar ja penerangan dari pekerja tadi terus otak ni  terfikirkan hadis nabi yang mengatakan bahawa setiap manusia ibarat batu bata yang saling kuat menguatkan
saling terikat antara satu sama lain.
untuk kita sempurnakan kerja agama kita tidak boleh melakuknnya seorg diri 
kita memerlukan gabungan banyak  jiwa yang bersih dan taat kepada allah
untuk laksanakan tugas agama  jiwa jiwa ini harus di ikat dengan ikatan keimanan dan ketakwaan yang mana ukwah yg terlahir akan menjadi kuat dan kukuh
kerana ikatan keimanan ini tidak akan dapat di leraikan dengan mana2 tangan sekali pun, dengan  apa cara sekalipun dan dengan mana mana kuasa pun tidak akan berjaya robohkan melainkan dengan keizinan Allah s.w.t

Kita perlu menjadi batu-bata yg menguatkan binaan, bukan batu-bata yg menghancurkan binaan. 
maka jadilah umat yang menguatkan  agama 
yang kukuh  dan teguh dengan ramuan keimanan dan ketakwaan
jangan jadi umat yang lemah iman da takwa sehingga boleh melemahkan agama..



No comments:

Post a Comment