Friday 6 April 2012

Apa Sudah Jadi????




Dimana  Pemuda dan Pemudi Islam Malaysia????
dimana pemuda dan Pemudi islam tatkala pemuda dan pemudi islam Syria, Palestin, mesir. dan banyakla lg negara islam lain, sedang mengorbankan harta, mengorbankan jiwa
sangup bermati matian demi mempertahankan kedaulatan Islam
mempertahankan kesucian dan kemulian Islam di negara masing masing
dari diceroboh dan dinodai oleh musuh Allah

Di mana Pemuda pemudi islam Malaysia??????
asyik mabuk dengan hiburan, keseronokan
merosakan diri dengan  dengan kepuasan nafsu semat mata
ada yang mati dalam hiburan
ada yang menjadi cacat kehilangan angota bandan akibat daripada kepuasan dan keseronokan yang dikejar selam ini. 

dimana senstivity umat islam?????
kita masih mampu ketawa sedangkan saudara kita siang dan malam menitis air mata dan darah kerana dzalimi
kita masih mampu tidur lena sedngkan saudara kita berjaga jaga dalam ketakutan
kita masih mampu selesa tanpa megenagkan walupun sesaat pun saudara kita yang berlindumng di bawah runtuhan bangunan
APA SUDAH JADI??????

Negara kita negara Islam ... betul kah?????
tidak ada satu pun siaran atau pun slot di tv / dada akhbar yang mengajak kita agar membantu saudara kita di sana... kampen yang nak mengajak kita ramai ramai berdoa  kepada saudara kita di sana pun x dapat nk hidu apatah lagi kempen bantuan wang ringit harta dan jiwa....
yang bersepah di langit penyiaran cerita2 atau filem2 yang merosakan moral dan akhlak
industri penyiaran semakin hari semakin berani mengeluarkan cerita cerita yang tidak senonoh, semakin hari semakin biadap tanpa mengira tuntutan dan garis panduan Islam...
semakin hari fikiran pemuda pemudi islam malaysia  semakin hadam dengan semua ini
filem2 yang sebegini langsung tidak mendapat kutukan dan tentanga dari pihak berkuasa apatah lagi masyarakat ... Apa sudah jadi????
Apa cerita pulak dengan mufti mufti kita di malaysia ni??????
lansung x dengar sebarang bunyi
uh dak ekk pun tidak
akhirnya umat islam  malaysia yang tiada kesedaran agama pun membuat ulasan dan andaian sendiri

nak harapkan ulasan dan komen golongan yang ada kesedaran agama pun berapa sangatlah saluran yang diorang ada?? saloran penyiaran untuk golongan ini sebarkan fahaman Islam yang sebenar terlalu terhad dan sempit...hmmmm
Diorang berkorban masa tenaga dan wang ringit untuk menyebarkan risalah islam
masih lagi tidak dapat menandingi saluran yang nak menyeru kepada keruntuhan dan kerosakan

kerja Islam tidak dapat dilaksanakan tanpa saff yang  umat yang  panjang dan kukuh
ayuhlah pemuda dan pemudi islam kita tinggalkan keseronokan dan hiburan yang sementara ini
sama2 membina saff kekuatan umat untuk mengemablikan DAULAH ISLAMIAH
kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islam dahulu
kembalikan kegemilanganya di zaman kita
Amanah ini terletak di bahu kita

suatu hari kita kan kembali kepada Allah dan kita kan persembahkan apa yang telah kita buat akan amanah ini, sama ada memeliharanya atau membiarkan begitu sahaja

susah dahulu senag kemudia, derita di dunia lazat di akhirat
jangan  
senag dulu susah kemudian, selesa di dunia tapi derita di akhirat


jadilah batu bata yang menguatkan binaan jangan jadi batu bata yang rapun dan boleh meruntuhkan binaan
jadilah umat yang menguatkan agama, jagan jadi umat yang lemah dan meruntuhkan agama

jika kita merasa sukar dan susuh untuk berjuang di jalan allah maka ingatlah Janji janjiNYA


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?




Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).








(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu ditempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga `Adn. Itulah kemenangan yang besar.





Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman

No comments:

Post a Comment